23 July 2010

Walk The Walk

It’s time to walk the walk! Life keeps getting faster and faster. Spending more of my time trying to make things happen, fitting more into each minute than ever before. But somehow, I’m neither satisfied nor fulfilled. Why? Is it because the things I’m running after so fervently are in most cases not the things I really want? Then it’s true, if what I go after is not what I really truly want, it will never satisfy me. No wonder, I will always be left wanting more.

Everyday I should take on the challenge of doing something which is outside my comfort zone. How I wish to live in a cocoon, putting the sign “Do Not Disturb!!” on the door. Most of the time I’m forced to do this and that, not the actual work I have to do myself. People are getting more and more demanding. I used to struggle to stay up all night as my difficult daily deed and that’s the main challenge I should undertake, going to sleep not on time and wake up late in the morning before being like a clumsy fat kid trying to catch the hour.



Perhaps my mum’s right when she told me "Want what you have and you will always have what you want". I realize that If I can't live as I want, then I must try to live as the life wants. I know it’s difficult but it’s the only way to be a person who deserves happiness. Try to smile in all situations so that I’ll be able to take everything easy whatever happens.

Pray and seek God. Set my mind to think positive because perception is very important. I don’t want to fall into a pattern of reactive living. I should have the courage and take on the challenge of doing those things which I know deep inside I need to do but have been able to cleverly avoid. Working hard on something I love will provide me with so much more positive feeling than doing something I don’t really want to be doing. I just really want to start each day in a little different way.

21 July 2010

Simbol Angka 666 – Junjung Meterai Roh Kudus Di Kepala Mu


Awal tahun 2011, ramai di kalangan kita yang digemparkan dengan satu titipan SMS yang dimajukan oleh rakan-rakan kita. Dari mana sebenarnya asal SMS ini tidaklah diketahui tapi apa yang pastinya ia ditulis dalam bahasa Indonesia dan bunyinya seperti ini:

     Hrp fwd ke tmn2 sebnyak2nya!!! EMERGENCY TO ALL.. jangan hapus
     sebelum membaca!!! Mulai skrg, Wahyu 13:16-18 udah d genapi...
     666 microchip udh kluar... namanya Mondex!!! please all, kalo ditawrin
     itu tolak mentah!!! lebih baik melarat dr pada terima itu BAHKAN lebih
     baik mati daripada trima itu. Karena microchip 666 adalah tanda akhir
     jaman. hati2 dengan org2 yg menawarkan chip2 seperti itu yang dimasukkn
     ke tangan atau dahi. Coba buka: [Maaf! Alamat website digugurkan untuk
     post ini kerana terdapat laporan yang mengatakan bahawa pemilik website
     mulai risau dengan kunjungan yang bertubi-tubi] Jangan dihapus sebelum
     dikirim ke sesama kita!!! forward ya!!

Sebelum ini saya pernah upload satu post berkaitan mikrochip Mondex di blog saya ini. Saya anggap post kali ini sebagai kesinambungan kepada post tersebut. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak dengan isi kandungan post ini, sebaliknya saya anggap ini sebagai perkongsian pengetahuan dengan semua orang percaya khasnya anda rakan-rakan yang seiman di dalam Kristus.

Menyentuh mengenai Firman Tuhan berkaitan tanda 666 atau dikenali sebagai label Syaitan, mari kita baca apa yang tertulis di dalam Wahyu 13:16-18 yang berbunyi seperti sebagai berikut:

     “Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar,
     kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan
     kanannya atau pada dahinya, dan tidak seorang pun yang dapat
     membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda
     itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. Yang penting di
     sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung
     bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang
     manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.”

Jika diteliti, kita bersetuju bahawa angka 6 itu merupakan simbol angka bagi manusia yang mana Allah menciptakan manusia pada hari yang ke-6. Sila lihat Kejadian 1:24-31 :

     [ 24
     Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk
     yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar."
     Dan jadilah demikian.
     25
     Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan
     segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya
     itu baik.
     26
     Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan
     rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung
     di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang
     melata yang merayap di bumi."
     27
     Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar
     Allah diciptakan-Nya dia; lelaki  dan perempuan diciptakan-Nya mereka.
     28
     Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: 
     "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu,
     berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala
     binatang yang merayap di bumi."
     29
     Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-
     tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang
     buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.
     30
     Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala
     yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan
     hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian.
     31
     Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah
     petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam. ]

Simbol angka 666 ini dikaitkan dengan angka bagi wang ataupun harta. Sila lihat Raja-raja 10:14 :

     “Adapun emas, yang dibawa kepada Salomo dalam satu tahun ialah seberat
      enam ratus enam puluh enam talenta.”

Selain itu, simbol angka 666 ini juga dikaitkan dengan sifat kedagingan yang sempurna, maksudnya manusia yang sempurna di dalam dosa yang mana tubuh dan rohnya sempurna di dalam dosa.

Persoalannya di sini ialah ialah apakah kita benar-benar faham akan maksud tanda atau Cap Antikristus yang dikenali sebagai 666 itu? Apa benarkah ada kepastian mengenai mikrochip Mondex yang ditanam pada dahi atau pada tangan yang akan menjadi kekunci akses  kita untuk membeli tanpa menggunakan wang tunai. Pada dasarnya, mikrochip ini memang pun sudah ada digunakan di negara-negara seperti Rusia mahupun Eropah. Namun, persoalannya sekali lagi ialah adakah itu yang dimaksudkan dalam  Alkitab?

Seperti yang kita sedia maklum kita sebenarnya berperang dengan musuh yang sangat licik, bijak dan penuh dengan rencana-rencana jahat yang menyerang kita tanpa kita sedari dan akhirnya akan berjaya membinasakan mereka yang terjerat oleh tipu dayanya. Alkitab mengingatkan kepada kita tentang satu hal seperti yang terdapat dalam Efesus 6:12 :

     “Akhirnya, hendaklah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan
     kuasa-Nya. Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu
     dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; KERANA PERJUANGAN KITA
     BUKANLAH melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-
     pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu
     dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara. Sebab itu ambillah
     seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan
     perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu
     menyelesaikan segala sesuatu.”

Apa yang dikiasi dengan simbol angka 666 kalau cuba difahami secara literal semata-mata sememangnya kurang tepat kerana Alkitab banyak menggunakan bahasa-bahasa nubatan yang sukar dimengerti tanpa diselidiki atau ditelaah dengan berhati-hati. Namun, jika kita cuba memahami dalam erti Rohani sebenarnya ia memang menyentuh mengenai harta dan wang. Apa yang Iblis cuba lakukan ialah cuba meniru perkerjaan Allah. Persoalannya sekali lagi ialah apa sebenarnya yang ditiru oleh bapa pendusta ini, bagaimana dia menirunya dan apa yang dia gunakan untuk menipu Kita? Bagaimanakah kita boleh mengetahuinya? Saya tidak menulis post ini untuk maksud mengesahkan bahawa mikrochip Mondex itulah yang dimaksudkan sebagai mewakili nubuatan simbol angka 666. Saya juga harus mengikuti perkembangan lebih jauh mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, jika difikirkan dengan logik pemikiran kita nampak sendiri bagaimana mikrochip Mondex itu dimaksudkan untuk tujuan mengawal pergerakan matawang dunia kerana dikatakan bahawa melalui pemakaian mikrochip Mondex tersebut seseorang tidak perlu lagi risau sama ada poketnya berisi dengan wang kertas atau syiling. Sebaliknya dengan kecanggihan yang terdapat pada mikrochip Mondex itu nanti, pergerakan setiap nilai sen wang seseorang akan diurus secara teknologi digital iaitu melalui transaksi maya dan apa yang diperlukan ialah kekunci akses (mikrochip) yang terdapat pada orang tersebut (ditanam di dahi atau tangan).

Tahukah anda bahawa kita yang bergelar Kristian pada hari ini secara sedar atau tidak sebenarnya dengan naluri dan kehendak kita yang tidak pernah terpuaskan juga sudah pun berpotensi ke arah cap Antikristus itu iaitu simbol angka 666? Maafkan saya kerana berkata demikian, tetapi jelas pada kita keadaan kebanyakan umat Kristian pada hari ini agak mendukacitakan melalui sikap mereka terhadap keinginan-keinginan daging. Ramai yang lebih mementingkan hari-hari untuk bekerja sehingga terlalu sibuk demi untuk mencari kekayaan, mengumpul harta sebanyak mungkin dan bergembira dengan segala apa yang mampu dimiliki dengan harta yang diperolehi.  Pada penghujung hari ketika tubuh menjadi terlalu penat, sedikitpun tidak ada ruang untuk berbicara dengan Tuhan.  Sudah tidak ada masa untuk berdoa. Apa lagi untuk membaca Alkitab untuk mendapatkan renungan dan pedoman dalam mengharungi kehidupan. Kesibukan menjadi batu berhala ke atas peribadi diri!!

Tiba masa untuk kita merenung peribadi masing-masing kerana kita yang sudah percaya akan Yesus Kristus dan menyebut diri kita Kristian haruslah sedar akan milik siapakah kita ini. Bukankah ketika kita percaya bahawa sebagai Kristian kita telahpun dimeteraikan dengan Roh Kudus? Lihat Efesus 1:13 :

     “Di dalam Dia kamu juga - karena kamu telah mendengar firman
     kebenaran, iaitu Injil keselamatanmu - di dalam Dia kamu juga,
     ketika kamu percaya, dimeteraikan dengan Roh Kudus, yang
     dijanjikan-Nya itu.”

Baca juga Efesus 4:30 :

     “Dan janganlah kamu mendukakan Roh Kudus Allah, yang telah
     memeteraikan kamu menjelang hari penyelamatan.”

Bukankah itu sudah cukup bermakna untuk kita orang-orang Kristian ditandai dengan Roh Kudus agar Allah mengenal bahawa kita ini miliknya? Lihat 2 Timotius 2:19 :

     “Tetapi dasar yang diletakkan Allah itu teguh dan meterainya
     ialah: "Tuhan mengenal siapa kepunyaan-Nya" dan "Setiap orang
     yang menyebut nama Tuhan hendaklah meninggalkan kejahatan.”

Jadi, hidup kita sebenarnya bukan lagi menurut kehendak kita sendiri tetapi dipimpin oleh Roh Allah dan itu bermakna bahawa kita harus berjalan menurut kehendak Allah dan bukan kehendak kita sendiri. Seterusnya, mari baca dalam Galatia 2:20 :

     “namun aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup,
     melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang
     ku hidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman
     dalam Anak Allah yang telah mengasihi aku dan menyerahkan
     diri-Nya untuk aku.”

Jelas sekali bahawa Iblis melakukan perkara yang sama dalam mahu menguasai kita iaitu dengan cara meniru cara Allah, dia sungguh-sungguh menggunakan meterai juga. Bezanya ialah Iblis memeterai kita dengan menggunakan Roh Mamon atau bahasa modennya “Wang” atau “Harta”.

Saya juga tidak bermaksud mengatakan bahawa memiliki wang atau mencari wang itu salah tetapi apa yang membuat kita dimeterai oleh Iblis dengan menggunakan Roh Mamon ialah kerana cinta kita yang keterlaluan akan wang. Kita terlalu nekad dalam mencari wang, tamak oleh wang, malah ada di kalangan  kita yang menyebut dirinya Kristian tapi kerana wang kita lupa akan tanggungjawap terhadap tuntutan Gereja. Kita lebih sanggup berkerja keras untuk mencari wang sampaikan lupa untuk berdoa. Berhati-hatilah kerana kita sudah diperingatkan dalam 1 Timotius 6:9-10 :

     “Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencubaan,
     ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa
     dan yang mencelakakan, yang menenggelamkan manusia ke
     dalam keruntuhan dan kebinasaan. Kerana akar segala kejahatan
     ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang
     telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan
     berbagai-bagai duka.”

Disebabkan oleh cinta akan wanglah juga Yudas yang pada mulanya kelihatan baik dan setia telah memilih akhirnya untuk mengkhianati Yesus.  Jadi, jelas bahawa inilah yang dilakukan oleh si Iblis dengan menggunakan Roh Mamon, dia cuba merampas diri kita daripada menjadi milik Allah. Tapi apa pesan Yesus mengenai ini semua? Mari lihat dalam Matius 6:24 :

     “Tidak seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan. Kerana jika
     demikian, dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain,
     atau dia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan
     yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada
     Mamon.”

Mari! Sudah tiba masanya untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku pada kehidupan kita dewasa ini kerana jika kita menganggap bahawa kita memang milik Kristus dan dimeterai dengan Roh Allah maka kehidupan kita harus tertumpu kepada apa yang Allah kehendaki melalui cara hidup yang Yesus telah tunjukkan. Tidak ada gunanya kita menyuarakan rasa ketakutan terhadap apa saja perkara atau kejadian yang menyingkap maksud simbol angka 666 jika tanpa sedar sebenarnya cara hidup kita sendiri menuju ke arah itu, bertentangan dengan apa yang Yesus ajarkan atau diluar Kehendak Allah.  Kenapa kita harus masih berada di bawah kutuk kuasa si Iblis? Bukankah kita tahu bahawa upah dosa ialah maut?

Jangan berasa terlalu hina dengan pengertian yang sedikit buat masa ini, kelak Tuhan akan menambahkan pengertian itu kepada kita, kerana dengan pengertian yang sedikit yang kita miliki buat masa inilah Tuhan meletakkan kepercayaan di bahu kita untuk tetap setia kepada-Nya. Janganlah kita dengan sengaja mahu membutakan mata, memekakkan telinga, padahal kita sebenarnya faham akan  firman Tuhan. Kita mengerti dan menyedari akan keadaan dunia kita sekarang yang sedang menuju kepada pengakhiran zaman, menuju ke arah kebinasaan. Alkitab sudah menceritakan segala sesuatu apa yang bakal terjadi kepada dunia kita ini yang mana suatu hari nanti akan berubah menjadi seperti neraka dalam sekelip mata menjelang zaman Antikristus seperti yang dikatakan dalam Matius 24:21 :

     “Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti
     yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan
     yang tidak akan terjadi lagi.”

Sebelum mengakhiri post ini, sekali lagi saya memohon maaf seandainya kandungan post ini membuat sebahagian daripada anda kurang senang hati. Saya kongsikan pengetahuan saya melalui post ini dengan kepercayaan bahawa ini adalah di bawah pimpinan Roh Kudus dan demi sebagai satu kewajipan sebagai seorang Kristian. Kita sama-sama renungkan apa yang dinyatakan dalam Yehezkiel 3:21 :

     “Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang yang benar itu
     supaya dia jangan berbuat dosa dan memang tidak berbuat dosa,
     dia akan tetap hidup, sebab dia mau menerima peringatan, dan
     engkau telah menyelamatkan nyawamu.”

Janganlah kita batasi karya pelayanan kita di ladang Tuhan. Pelayanan bukan hanya berlangsung setakat di gereja tapi terlebih daripada itu ialah peranan kita dalam pelayanan itu secara komuniti agar semua ini menjadi satu wadah yang bersifat universal dan membawa kebaikan kepada semua orang. Mari kita sama-sama melibatkan diri dalam pekerjaan Tuhan, baik di dalam Gereja mahupun di luar Gereja. Saya dan anda sudah terpanggil dan dengan keyakinan terhadap pimpinan Roh Kudus dan doa yang tidak putus-putus, saya menyeru anda untuk mengongsikan post ini dengan keluarga anda, rakan-rakan anda dan sesiapapun juga, baik dengan tulisan tangan, mahupun melalui mesin cetak atau melalui internet. Saya yakin bahawa jika ini dilakukan dengan kejujuran, keikhlasan hati dan disertai dengan nama Yesus, percayalah kuasa Tuhan itu pasti akan berkerja dengan begitu hebatnya.

Apa ada pada nama? Mungkin anda hairan dengan pertanyaan ini. Maksud saya, dalam mengongsikan kandungan post ini adalah tidak perlu dan tidak penting untuk menuliskan sebarang tanda nama atau nama singkatan mahupun nama penuh, apa lagi nama saya. Nama yang lebih berkuasa atas segala nama hanyalah Yesus Kristus, Juruselamat kita. Saya bukanlah seorang individu yang menyandang ijazah universiti, bukan juga dari kalangan orang bijak pandai, tapi saya hanyalah seorang yang ingin penuh harapan, seorang yang menaruh kepercayaan di dalam nama Tuhan Yesus agar setiap orang selamat daripada api neraka. kandungan post ini bukan daripada rencana saya sendiri melainkan menjadi keyakinan saya bahawa semua ini adalah rencana Tuhan.  Semoga Tuhan sentiasa menyertai anda yang dikasihi di dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Tuhan memberkati anda. Amen!


Enhanced by Zemanta

19 July 2010

Kasih Dalam Pelayanan - Peduli Dalam Tindakan

Tajuk post ini mungkin saja sedap didengar, isinya pula enak dibaca tetapi ironinya tidak mudah untuk dilakukan, mengapa? Jawapannya mudah, karena hal itu bertentangan dengan watak dan sikap kita masing–masing. Jujur saja, siapakah yang suka melayani? Apalagi dengan penuh cinta-kasih.

Tajuk post ini diharapkan bukan sekadar slogan kosong tetapi merupakan harapan agar timbul inisiatif yang wujud terhadap kepedulian kita yang kita konkritkan dalam tindakan nyata dan selalu berandalkan kepada kuasa-Nya.

Dalam penentuan keinginan itu, permulaannya mungkin 'sekali–sekala' sahaja dulu kita lakukan. Ya, boleh saja. Tetapi kalau 'sekali-sakala' itu berlarutan menjadi “habit” kita, maka perlu ada papan-tanda 'nanti dulu' yang harus dipacakkan di permulaan perjalanan kita. Ya, masalahnya ialah kerana kita sudah begitu akrab untuk dilayani, bukan melayani. Sejak kecil sampai dewasa kita tidak terbiasa melayani, apalagi mengembangkan jiwa pelayan. Kalau demikian, apakah tajuk dan kenyataan dalam post ini menjadi sekadar mimpi indah yang perlu kita buang saja, karena kenyataannya tidak realistik? Tidak juga, kerana untuk menjangkau realiti yang kita inginkan, kita juga memerlukan suatu impian dan impian itu mampu menjadi suatu permulaan langkah kepada serangkaian tindakan nyata seterusnya untuk terwujudnya impian itu sendiri. Perkara sebegini bermaksud menuntut kita untuk melakukan “perubahan” dan berani keluar dari situasi status quo.

Masalahnya sekarang ialah ke arah mana perubahan itu akan kita lakukan sebab kita mahu berubah dan niat itu bukan setakat berubah pada penyataan kata dan naluri hati tetapi lebih kepada perubahan yang mengandung objektif nyata dan bermakna, malah ada matlamat yang mahu dicapai iaitu berubah ke arah Dia yang mengutus kita. Yesus berkata:

        “Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab
           memang Akulah Guru dan Tuhan. Jadi jikalau Aku membasuh kaki-mu,
           Aku yang adalah Tuhan dan Gurumu, maka kamu pun wajib saling
           membasuh kakimu, sebab Aku telah memberikan suatu teladan kepada
           kamu, supaya kamu juga berbuat sama seperti yang telah Kuperbuat
           kepadamu. Aku berkata kepadamu : sesungguhnya seorang hamba
           tidaklah lebih tinggi daripada tuannya, atau pun seorang utusan
           daripada dia yang mengutusnya.
           (Yohanes 13 : 13-16)

Ketika kita benar–benar menempatkan Yesus sebagai penguasa hidup kita, maka guru dan tuhan kita bukan lagi terletak kepada kepandaianku, kekayaanku, jawatanku dan sebagainya.  Sebaliknya, benar–benar Allah yang telah menyatakan diri dalam Yesus Kristus akan menjadi pusat kepada segala-galanya kerana Penguasa yang telah menyelamatkan kita adalah Dia yang telah memberikan keteladanan tentang pelayanan dan kepedulian sedemikian rupa sebagaimana yang didemonstrasikan dalam Yohanes 13. Inilah yang sekarang harus menjadi watak dan sikap kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...