26 February 2011

Mikrochip Mondex


Mikrochip Mondex – 666?

Penggunaan mikrochip Mondex yang ditanam dalam tubuh manusia kini sudah mula diaplikasikan. Di Hongkong, sekitar 120,000 orang kini sudah mula menggunakan mikrochip tersebut. Mereka yang menggunakannya mendapat kemudahan dan kelebihan khusus dalam pelbagai urusan.  Microchip Mondex yang memakai tanda 666 ini juga kini sedang pesat digunakan di Belgium di mana terdapat  ruang-ruang tertentu dalam premis-premis khas di kota-kotanya yang memestikan penggunaannya untuk sebarang urusan tertentu. Syaratnya ialah hanya mereka yang menggunakan mikrochip ini yang diperbolehkan masuk ke dalam ruangan-ruangan tertentu. Penggunaannya cukup mudah dengan hanya menempelkan tanda tersebut pada pengimbas komputer dan mereka akan mendapat akses kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan.


Sistem Mondex dengan dasar bar kod 666 ini dengan jelasnya memperlihatkan kepada kita akan satu pemakaian oleh satu kuasa dalam tujuan mengawal dan menguasai kewangan perekonomian dunia. Jika diperhatikan dengan teliti gaya kehidupan kita sekarang melalui penggunaan kad pintar seperti ATM dan kad kredit, rata-rata kita bersetuju bahawa kita ada satu cara mendapatkan kemudahan pantas ketika melakukan urusan kewangan dan juga hal-hal jual-beli.  Kemudahan dalam transaksi urusniaga kerana adanya perkembangan teknologi kad pintar seperti ini sangat menarik perhatian dan minat kebanyakan orang.  Bagaimana agaknya dengan pemakaian mikrochip Mondex yang dikatakan akan memberi kemudahan jauh lebih pantas dan mudah dalam pelbagai urusan?  Pastinya ini akan menarik minat lebih ramai orang untuk mendapatkannya.  Cara penggunaannya pula sangat-sangat mudah berbanding kad pintar yang memerlukan seseorang untuk menyimpannya dengan cermat dalam dompet. Penggunaan mikrochip Mondex akan melenyapkan kebimbangan orang terhadap potensi kehilangannya kerana mikrochip ini hanya perlu ditanam pada dahi atau pada tangan si pemakai.

Apa Sebenarnya Mikrochip Mondex?

Mondex merupakan nama satu perusahaan yang menyediakan sistem pembayaran tanpa wang tunai. Sistem ini telah dibeli oleh lebih 20 buah negara besar. Sistem ini mula dicipta pada tahun 1990 oleh Tim Jones yang telah bekerjasama dengan Graham Higgins dari Natwest Coutts, sebuah bank peribadi dari keluarga Kerajaan Inggris. Sistem ini didasarkan pada teknologi kad pintar (teknologi yang dipakai seperti  SIM Card pada telefon bimbit) dengan memanfaatkan mikrochip yang dilekatkan pada kad plastik (kad kredit) dan mampu menyimpan maklumat elektronik seperti pembayaran, identifikasi dan pelbagai maklumat penting lainnya. Semua transaksi diperbolehkan melalui penerapan SET (Secure Electronic Transaction).

Thuraya sim card. This one is expired so I can...Image via Wikipedia

Mondex ialah singkatan kepada “Monetary” dan “Dexter”.  Berdasarkan kepada kamus Webster (Webster’s Dictionary Encylopedia), maksud bagi perkataan tersebut ialah:

          Money  : Apa sahaja yang berkaitan dengan wang. 
          Dexter  : Menunjukkan lokasi yang terdapat pada 
                        tangan kanan manusia.

Mikrochip yang terdapat dalam kad Mondex mengandungi simbol kod bar (bar code). Simbol atau kod garis ini diwakili oleh angka 666. Sistem Mondex akan menjadi satu penyelesaian yang tepat untuk soal ekonomi dunia kerana Mondex merupakan satu sistem yang mendukung terciptanya satu mata wang dunia tanpa wang tunai. Tidak mustahil bahawa sistem ini pula akan mewujudkan penguasaan oleh kuasa besar ke atas ekonomi dunia pada masa akan datang.

Mikrochip Mondex yang ditanam dalam tubuh manusia ini menyimpan kod 666. Mereka yang memakai mikrochip ini mendapat kemudahan khusus. Mereka hanya perlu meletakkan tangan mereka pada pengimbas komputer dan semua transaksi jual-beli akan dapat dilakukan secara automatik tanpa menggunakan wang tunai dan tanpa menghiraukan jenis matawang.  Pada masa akan datang, untuk melakukan kegiatan transaksi jual-beli, setiap orang harus memiliki mikrochip ini (mempunyai tanda ini) sama ada pada bahagian kepala (dahi) atau pada tangan kanan mereka.

Perkataan ‘Charagma’ dalam bahasa Yunani untuk “tanda” tersebut bermaksud cop (stempel), lencana atau tanda perbudakan, perhambaan atau kerja paksa. Bilangan 666 adalah ungkapan Yunani untuk “stigma” yang bermaksud menusuk atau menggores suatu tanda sebagai tanda pemilikan khusus.

Enhanced by Zemanta

18 February 2011

Penyata eGaji Kakitangan Awam

Post ini mungkin agak ketinggalan tetapi memandangkan isu e-Penyata Gaji Online Kakitangan Awam sering ditanyakan oleh rakan-rakan seperjuangan maka bagi memudahkan anda mengakses penyata masing-masing, post ini dikongsikan di sini.



Seperti yang anda ketahui kerajaan Malaysia telah menggunakan E-PENYATA GAJI kepada semua Kakitangan Perkhidmatan Awam bermula November 2010 yang lalu. Ini bersesuaian dengan penyataan melalui pekeliling yang dikeluarkan mengenai perkara ini.  Sila muat-turun pekeliling tersebut DI SINI.

Bagi mengakses penyata gaji secara online, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna. Sila ikuti langkah-langkah ini:

Sila berkunjung ke laman Akauntan Negara DI SINI

1. Klip Akses Sistem

2. Klip Daftar Masuk

3. Isi Maklumat Untuk Mendaftar Sebagai Pengguna Baru (Pertama Kali Daftar)

14 February 2011

Meteor Menghampiri Bumi

PhotonQ-Young solar SystemImage by PhOtOnQuAnTiQuE via Flickr
Sedang asyik melayan Facebook sambil menonton rancangan Trilogi Cinta di TV1 pada jam 6.30 petang tadi, muncul selingan berita terkini yang melaporkan visual objek aneh seperti meteor sedang menghampiri bumi. Visual yang dipaparkan berlokasi di KLCC. Kelihatan pada paparan tersebut 3 objek bercahaya sedang berlegar-legar di ruang udara. Terkejut sangat dengan laporan berita terkini tersebut. Apakah sebenarnya objek-objek tersebut, apa benarkah itu meteor yang sedang bergerak menuju ke bumi? Menurut pembaca berita TV1, Farith Ismeth Emir, fenomena tersebut akan berlarutan sehingga 19hb Februari ini. Perasaan hairan dan gentar bercampur-aduk. Semoga saja tidak ada perkara buruk yang akan berlaku.
Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...