18 March 2011

Hanya Satu Perkongsian - Semoga Menjadi Berkat


Mari kita renungkan...


Seandainya kita tinggal di sebuah rumah yang baik, memiliki makanan yang cukup dan dapat membaca, kita adalah bahagian dari kelompok yang beruntung kerana masih terdapat jutaan orang yang tinggal di bawah atap langit dengan perut lapar.

Jika kita bangun pada pagi hari dan berasa sehat, kita tetap lebih beruntung berbanding jutaan orang yang mungkin tidak akan mampu bangun pagi dan terbaring sakit, bahkan tidak dapat bertahan hidup minggu ini.

Jika kita tidak pernah merasakan kelaparan, kesepian kerana dipenjara, kesakitan kerana penyiksaan, kita termasuk dalam kelompok yang jauh lebih beruntung berbanding lebih daripada 500 juta orang di dunia.

Jika kita dapat melangkahkan kaki ke Gereja tanpa rasa adanya ancaman, tanpa takut akan, ditangkap, didera,disiksa, atau berisiko mati, kita sungguh beruntung kerana hampir lebih dari 1 bilion orang di dunia yang tidak dapat melakukannya.

Jika kita memiliki makanan dalam peti sejuk, pakaian dalam kabinet almari dan dan memiliki atap yang menaungi tempat kita berteduh, kita lebih kaya daripada 75 peratus penduduk di dunia ini.

Jika kita memiliki wang di bank atau di dompet dan mampu berbelanja dengan wang itu untuk menikmati hidangan di restoran, kita merupakan anggota dari 8 peratus kelompok orang-orang kaya di dunia ini.

Jika orang tua kita masih hidup dan menikmati kebahagiaan kehidupan perkawinan mereka, maka kita termasuk salah satu dari kelompok orang yang dikategorikan jarang kedapatan.

Jika kita mampu mendongak kepala dengan senyuman di bibir dan berasa benar-benar bahagia, kita memiliki keistimewaan tersendiri, kerana sebahagian besar orang tidak memperolehi kenikmatan tersebut.

Jika kita dapat membuka facebook dan membaca perkongsian-perkongsian yang ada di situ, kita termasuk sekelompok orang yang menerima karunia yang besar dari Allah kerana kita mampu menikmati teknologi komputer.

Jika kita masih mampu membaca perkongsian ini dan mengambil manfaat dari pesan ini, kita baru saja mendapatkan kurnia berganda kerana ada seorang teman yang peduli dan memikirkan kebaikan bagi kita dan kita jauh lebih beruntung berbanding lebih dari 1 bilion orang di dunia ini.

Semoga kita menikmati hari yang indah ini. Hitunglah kurnia keberuntungan kita dan sampaikan perkongsian ini kepada orang lain untuk mengingatkan bahawa sesungguhnya kita adalah orang-orang yang sangat beruntung.

Bersyukurlah dan terus bersyukur, walau hanya melalui pesan kebaikan kepada teman,  kita akan masih mampu menikmati hidup yang hanya sementara ini.

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...