19 November 2011

Doa kemunafikan Tiada Ketelusan - Kekristianan Yang Sia-sia


Berapa kali anda mengucapkan doa Bapa kami dalam sehari? Sebanyak kali itu jugalah anda menipu dan mendustai Bapa dengan tindakan-tindakan anda yang tidak telus.  Anda cuba menegakkan benang yang basah dengan cuba mempertahankan iman kekristianan anda bahawa anda berasa benar pada cara anda? Hentikan! Sudah tiba masanya anda menghayati kekristianan anda dengan lebih sungguh-sungguh agar iman anda sesuai dengan perbuatan-perbuatan anda. berapa lama lagi anda mahu membiarkan diri anda ditipu dan dipermain-mainkan oleh si Iblis?


Bagaimana anda boleh mengucapkan di hadapan Bapa “ ampunilah kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni yang bersalah kepada kami”, sedangkan pada kesilapan kecil sahaja yang dilakukan oleh orang lain ke atas anda, menerima rasa benci anda terhadap orang itu yang anda bawa hingga ke mati? Apakah anda menyedarinya?  Itu pada letak kesilapan kecil seseorang, bagaimana dengan ketelusan orang yang tidak masuk selera anda namun menerima kebencian anda? Kekristianan bukanlah perkara olok-olok yang harus dicampur-adukkan dengan keputusan kedagingan dunia seperti anggapan “biar saya membenci orang lain barang sekita dan setelah perasaan saya reda saya akan mengampuninya”.  Kekristianan yang diterapkan oleh Yesus kristus kepada anda sebagai pengikutnya ialah pada saat orang lain memperlakukan anda dengan tidak sepatutnya maka pada saat itu juga anda harus mengampuni orang itu tujuh puluh kali tujuh kali seperti yang difirmankan-Nya dalam Matius 18:21-22 :

Kemudian datanglah Petrus dan berkata kepada Yesus: "Tuhan, sampai berapa kali aku harus mengampuni saudaraku jika dia berbuat dosa terhadap aku? Sampai tujuh kali?" Yesus berkata kepadanya: "Bukan! Aku berkata kepadamu: Bukan sampai tujuh kali, melainkan sampai tujuh puluh kali tujuh kali.

Apakah akan jadi kepada anda sekiranya anda bertunda-tunda dalam hal mengampuni orang lain? Hayati firman Tuhan dalam Matius 18:23 & 35:

Sebab hal Kerajaan Sorga seumpama seorang raja yang hendak mengadakan perhitungan dengan hamba-hambanya. Maka Bapa-Ku yang di sorga akan berbuat demikian juga terhadap kamu, apabila kamu masing-masing tidak mengampuni saudaramu dengan segenap hatimu."

Jesteru saudara-saudaraku, hayati dan ucapkanlah doa Bapa Kami dengan iman yang murni tanpa terselindung dari segi perbuatan yang tidak telus.  Firman Tuhan itu jelas pada pengertian anda bahawa:

Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu.
[ Matius 5:39 ]

Itu sudah cukup memberitahu kepada anda bahawa biarlah perbuatan orang lain itu menjadi pertanggungan-jawap dan perhitungan peribadi  orang itu dengan Tuhan, tetapi anda laksanakanlah apa yang sudah dipesankan oleh Tuhan kepada anda untuk dilakukan. Ampuni orang itu dan terimalah berkat berterusan dari sorga kerana anda layak untuk itu sebagaimana anda menyedari diri anda sebagai hamba yang melakukan kehendak Bapa dan Bapa akan menyatakan dalam diri anda bahawa anda lebih daripada hamba, anda adalah anak yang dikasihi-Nya.

Ingatlah selalu bahawa orang yang dengan kesengajaan membuat orang lain terluka dan menerima kepahitan dalam hidup, kepadanya  telah diperhitungkan apa yang akan digariskan kepadanya sebagai dosa yang akan perlahan-lahan menyebabkan namanya terpadam dari Buku Kehidupan. Namun, berkat yang anda bawa kepada orang lain itu apabila anda mengampuninya ialah belas kasihan Bapa terhadapnya sehingga pengampunan anda akan memadamkan kemurkaan Bapa dan jangan terkejut sekiranya anda menyaksikan kelak peribadi orang lain itu berubah menjadi pemuji dan penyembah yang sungguh-sungguh pada suatu hari nanti yang anda tidak tahu. Anda telah membawa perdamaian terhadap sesamamu. Anda telah menjadi garam dan terang dunia untuk pembinaan peribadi dan karakter orang lain tersebut.

Teladilah apa yang pernah Yesus suarakan dalam perit menanggung tusukan paku di kayu salib:

Yesus berkata: "Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat."
[ Matius 23:34 ]

Ampunilah sesamamu saudara-saudaraku!

Kerana itu berdoalah demikian:

Bapa kami yang di sorga, dikuduskanlah nama-Mu, datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu  di bumi seperti di sorga.  Berikanlah kami pada hari  ini makanan kami yang secukupnya dan ampunilah kami akan kesalahan  kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami;  dan janganlah  membawa kami ke dalam  pencubaan, tetapi lepaskanlah  kami daripada yang  jahat. (Kerana Engkaulah yang empunya Kerajaan  dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amen.)

Kerana jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.
[ Matius 6:9-15 ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...